Monday, December 9, 2013

SEBUAH MONOLOG



(DAHULU)
Kesunyian itu membunuh sebuah jiwa yang kontang dengan kasih sayang. Dalam diam ia menyelinap ke setiap rongga iman dan bertapa ia di situ..minda yang cetek dan sempit tak betah menahan serangan dugaan yang maha dashyat. Seakan gempa menerjah ke setiap pelosok pendirian nan semakin goyah dimamah kekosongan. Rintihan demi rintihan kian meresahkan. Dengusan keluhan semakin kuat membingit di kamar perasaan. Di cuba,makin di cuba menolak dalam kepayahan..namun kembali rebah dan berdarah. Kesakitan berbaur kesedihan makin menyukarkan untuk berdiri. Dalam kegelapan,menjerit jiwa minta dibebaskan dari belenggu itu. Kesyahduan menanbahkan kesepian bermaharajalela,dengan angkuh ia makin bertakhta...memerintah alam bayangan,menewaskan kekuatan seorang insan.

(KINI)
Telah ku cari dimanakah ia yang bernama cahaya,yang mampu menuntunku ke jalan bahagia...meski hingga kehujung dunia tetaplah aku menjelajahinya. Andai mampu aku memilih apa nasibku selepas ini,inginku hidup di dunia yang nyata tanpa sangsi...pengalaman lalu cukup memberi erti,mengajarku sesuatu yang pasti tentang hidup di hari ini... Dalam kegoyahan menopang sebuah kebangkitan,biarpun jerih perit pinta diangkat untuk kembali bangun meneruskan perjalanan yang masih sayup didepan...langkah ini terus ku atur perlahan-lahan,menapak maju terus kehadapan..tanpa mau aku menoleh lagi..  Hati ini sukar untuk menerima sesungguhnya hakikat itu adalah terlebih nyata. ...namun,aku tidak akan mempersia-siakan nikmat yang telah tersedia  untukku. Tidaklah aku mau untuk menyukarkan perjalanan hidupku dengan desahan keluh kesah kerana...iya kerana aku punya Tuhan yang sentiasa ada bersamaku,waimah ke mana pun jua langkah kakiku.


No comments:

Post a Comment