Saturday, February 22, 2014

AIRMATA



Adalah langit hati yang menurunkannya
butiran rintik-rintik jernih nestapa..
dan pipiku ini selalu setia menadahkan 
leleh airmata yang tak mampu tertahankan.

Saat angin mendesir dihujung kemarau
pada dua pendar mataku ini
ia masih sentiasa basah
tidak seumpama kemarau itu..
ia tetap saja mengalirkan rintik-rintik pilu.

Ternyata kau tak ingin lagi temui aku
tidak lagi didalam sapa..juga canda
telah pun hilang sesuatu rasa
hilang dari bilik nuraniku ini....
apa mungkin kerana terentang jarak jumpa
dan sebegitu sulit saat untuk bersua.

Mungkin engkau sengaja terlupa
untuk menjadi selimutku dari segala terik
menjadi pelukan bagi semua kedinginan
tahukah engkau duhai sayang
ayat-ayat cinta,dendang dan syair-syair
masih berlagu dan kunyanyikan 
saat airmataku ini tak mampu kupertahankan.





No comments:

Post a Comment