Saturday, December 21, 2013

PAGI DI KAMPUNG HUJAN



Aku ingin sekali menjemput pagi
seusainya kegelapan yang bernama malam
melewati gapura langit pagi pastinya..
aku masih berbalut selimut dingin semalam
bersama mimipi-mimpi yang ku bawa bersama
dan aku pasti akan berlarian..
di tapak-tapak kaki sang pagi nan suci
menikmati setiap keindahan juga kurniaan.

Namun ternyata aku berada di kampung hujan
pagiku bermandi rinainya yang menguyur
dan aku kedinginan dalam pelukannya yang basah
tetapi itulah alasan untukku tertawa
kerana hujan itu telah menyembunyikan
kesemua tetes airmata yang mengalir bersamanya.

Aroma hujan berpendar bersama harum mawar
aku merayakan cinta di bawah guyuran hujan
dan di kampung hujan ini...
seperti aku,mereka juga menjemput pagi
masih tersenyum meski lelah mencari 
kerana hujan telah memberi teduh di hati-hati
yang kian gering dan ketandusan segala-gala
ya..sebegitulah kami meraikan cinta di sini
di kampung hujan di sebuah pagi.



No comments:

Post a Comment