Thursday, December 5, 2013

KU PILIH HATIMU



Aku ingin menyusul dibelakangmu
mengekori kemana kamu pergi
mencintai..tidak beerti
hidup ini tanpa pilu
semuanya terasa manis
kerana telah ku pilih hatimu.

Aku ingin mencintaimu
di antara gugusan bintang-bintang
bermimpi,berharap,melamun
adalah caraku mencintaimu
dan kamu tidak perlu tau itu
kerana telah ku pilih hatimu.

Semalaman aku terlelap
dalam buaian malam
ku berharap agar kamu mendengar
seruanku di pagi harinya
kerana telah luruh..
senyap sunyi yang mendayu 
juga gema denting-denting waktu
dan aku telah kehabisan kata
untukku menyatakan rasa cinta ini
kerana bagiku...
apa yang paling penting
telah ku pilih hatimu itu.







No comments:

Post a Comment