Monday, March 17, 2014

KATAMU..



"Hidupku adalah kamu..."
itu katamu sambil memetik bunga-bunga
lalu kamu mengalungkan ke rambutku yang terurai
aku tertunduk pelan mungkin kerana malu
atau mungkin juga kerana perasaan terharu
tetapi itulah kalimat yang paling keramat
yang buat pertama kalinya di hati ini kukuh tersemat.

Di pelipisku ada embun yang selalu mengecup
katamu lagi di tepi mataku ada senja yang berlabuh
dan di redup mataku ini adalah tempat..
untuk kamu menumpang rehat dan juga berteduh
itu katamu sambil menyusun terus bunga-bunga itu
sengaja kamu membiarkan wangian menusuk lembut.

Kamu sentuh pipiku ini yang meranum jingga
sejingga senja yang terkadang warnanya memerah saga
tangan-tangan kita tidak henti melumat mesra
katamu di tadahan tanganku ini ingin kamu limpahi cinta
aku pun terbata-bata kerana kata-katamu mencumbu rasa
lalu ku terdiam seraya pipiku merah merona.








3 comments:

  1. tak sampai memetik lah..menghidu baunya oun dah cukup.. #Salam salaman :)

    ReplyDelete
  2. Aku di sini ayu (luqman khovy)

    ReplyDelete
  3. Kamu adalah maya yang tak bisa jadi nyata

    ReplyDelete