Saturday, March 8, 2014

KAMU !



Sempurna ku bawa siluetmu ke suatu tempat
aku cuba mencipta narasi untuk mengungkapkan
tentang kamu..ya tentang dirimu
yang telah pun mengambil tempat di suatu sudut
di sini..di hatiku ini..tahukah kamu ?

Telah ku nobatkan bahawa kamu adalah terindah
namun begitu terkadang aku terlalu lelah
untuk mencari kata-kata yang sepadan denganmu
kerlip bintang itu adalah binar
yang berpendar dikedua belah netramu itu
sungguh..aku kepayang di lautan kata-kata
teruntuk seorang kamu yang seringkali membuat kulupa
lupa tentang hangat maupun dingin yang menjelma.

Akhirnya aku menyerah lalu aku pun terdiam
sungguh aku tak mampu untuk temui kata-kata itu
meski sehelai rambut ditepian ujung keningmu
tak mampu ku tafsirkannya menjelma aksara
kerana sesungguhnya kamu memang begitu istimewa
yang mungkin tidak bagi yang lain tetapi aku
yang senantiasa memujamu kerana kamu adalah
kesayangan seorang aku...





No comments:

Post a Comment