Sunday, March 9, 2014

AKU AKAN TERSENYUM



Pagi telah lama terbit dari tubuhku..
malam tadi telah hadir purnama tanpa rembulan
hari ini aku tak ingin menyalakan tangisan
akanku biarkan semilir..
 bertiup dan mencipta pelangi tanpa hujan.

Biarlah..
kelak ketika waktu tidak mau berpihak pada kita
aku akan terus tersenyum menyimpan detik
maka melanglanglah kamu dengan hebatmu
manakala aku buana yang megah diujung samudera
itu janji untuk sebuah rindu yang belum usai
tidak akan ada derai tangisan yang akan merinai.

Justeru aku pun tersenyum seayu mungkin
sambil menghirup udara yang hijau lagi aman
dan kamu...iya kamu..
peluklah aksara yang menggantung di kelopak mataku
moga saja ia tidak jatuh kepangkuan yang lain
kerana aku masih cuba selalu tersenyum
meski sebesar mana pun sakit dan rinduku ini.





No comments:

Post a Comment