Wednesday, December 25, 2013

SELAGI BIBIR MERUPA SENYUM



Ayuh nikmatilah detik-detik itu
tika bibirku ini merupa senyum
hayatilah ia..
sepertimana dedaun mengeja desah embun
dan embun itu akan luruh lalu rebah ke tanah
ketika beningnya tetas..ia sirna
pasrahnya pecah..musnah
sebegitulah senyuman ini..selagi ada
maka kamu nikmatilah ia seadanya
kerana tidak ku tau sehingga bila ia mampu
untuk memberi indahnya buatmu.

Aku mencintai senja dan seluruh rahsianya
ada gerimis yang menjelmakan cita-cita
rasa syahdu saling berpagut bersama rindu
ada juga hiba yang berganding sehingga malam tiba
rasa-rasa itu bertengger di dalam dada
menerpa ke bibir lalu memberi kecupnya
dan aku terbata-bata...
terkesima dengan setiap satunya
setiap rasa-rasa yang telah menjadi milikku
membuat aku terpekur mempersoalkan tanya.

Aku mau kamu menikmati senyumku ini
meski telah ku sembunyikan seribu nelangsa
dibalik keayuan senja yang merona jingga
juga usah kamu khuatir pada kesemuan ini
kerana aku sekedar berselingkuh..sekedar
bersama puisi-puisiku yang seringkali
menyembunyikan setiap inci keperihan
namun aku akan selalu ingin memberi senyuman
untuk kamu nikmati..maka hayatilah
selagi bibirku ini merupa senyum.



No comments:

Post a Comment