Monday, January 27, 2014

TENTANG CINTA



Temui senyuman dibalik parasku yang ayu
 engkau yang hadir bersama rindu senja tadi
melaju membelah malam nan sepi
membuatkan hangat jiwaku menjadi sendu
tatapanmu lekat di kelopak mataku...

Redup mataku pun melinangkan pilu
dalam renungan gulungan yang panjang
telah berhijrah cintaku menuju engkau
ku pintal embun-embun disepanjang malam
rintih-rintihku pun sebasah hujan
menguyur dalam lelap remang sinar rembulan.

Kini..pada gelap yang baru memanggil
aku buntu mengeja soalan..
kerana sebentar tadi telah engkau katakan
tidak usah melambaikan tangan
juga memberikan sedekap pelukan
kerana bagi cinta...
 tidak ada yang ditinggalkan
ataupun meninggalkan..kerana katamu lagi
cinta itu adalah nyawa buat sebuah kehidupan.






No comments:

Post a Comment