Saturday, January 11, 2014

PUJANGGA MAYA



Malam ini ku mulakan mantera aksara
bersama nyala rembulan aku memulai
ku cacah makna di dada langit sana
bergempitalah gemuruh..
 menyambut sapa seorang pujangga maya.

Meski aku ini dikatakan..
 sekedar seorang pujangga maya
tidak seorang pun mengetahui
betapa sukar untukku menyibak nyata
maka yang tinggal hanyalah aku
bersama aksara-aksaraku yang berbaris
memenuhi ruang hati seorang pujangga
seorang aku yang sukar dimengerti.

Aku merindui hangatnya perapian
untuk sebuah malam yang menggigil
lalu aku menyimpan diam didalam malam
segala kedinginan dari telanjang makna
kerana jujur kata-kataku sering dihina
maka akulah si pujangga maya
yang sering bersembunyi dibalik kata.






No comments:

Post a Comment