Wednesday, January 1, 2014

AKU MILIK KAMU



Membuncah rasa cinta di hati kita
sisa rinai Disember masih lagi basah
ia luruh diantara ruang-ruang kerinduan
dan telah pun hadir Januari..
kian mengakrabkan tambatan dua hati
aku..dan juga kamu yang ku kasihi.

Pada langit malam tadi..
ku terbangkan gelisah dan keraguan
justeru aku selalu merasakan
ada tangan hangatmu..
 yang selalu saja menghambat kedinginan
maka hati ini mengatakan bahawa
aku ini milik kamu..
dan seisi alam ini turut setuju.

Aku mulai suka akan hening
mencintai senja dan...
 penggemar nyanyian hujan-hujan
pada sekuntum hari telah ku hiasi
dengan aksara-aksara indah dan bermakna
kerana telah tercipta bahagia
juga adalah kerana aku milik kamu
maka aku bukanlah seperti
sebuah bangku kosong yang menanti pagi.




No comments:

Post a Comment