Thursday, January 2, 2014

KERANA SANG HUJAN


Ku tanamkan sepercik kemarau

di sela lautan padang ilalang

kemudian hujan menyedari

 dan kelanaku diakhiri

dan di suatu hari..

senja dan hujan berbagi di jantungku

berebut untuk menceritakan

tentang erti sepi dan juga rindu.

Kelmarin...

aku dipeluk siang yang kepagian

dihujat hangat yang tak berkesudahan

lantas ku pinta pada sang hujan..

segeralah memeluk aku

meski sesenyap gumam gerimisnya itu.

Kemudiannya hujan hadir dan kepergian

taman hatiku mulai..

dipenuhi bunga-bunga bahagia

lalu aku teringatkan kembali pada sang hujan

yang memberiku indah diantara langit tinggi

serta ditemani tanah yang menjadi basah

kerana ada cintanya yang tersimbah

lalu rinduku menjadi bercambah

terhadap sang hujan yang memberiku indah.


No comments:

Post a Comment