Sunday, October 12, 2014


Bismillahhirrohmanirrohim ~
Assalammualaikum wbt..
Sudah terlalu lama aku meninggalkan rumah Blogger ku ini. Ini adalah kerana aku sibuk berpuisi di rumah Fb yang ternyata terlalu banyak ilusi yang bergentayangan di sana. Tahun demi tahun aku menelusuri dunia Fb sambil membawa bingkisan-bingkisan puisi, begitu ramai pengikut dan penikmat puisi yang mengagungkan aku. Iya..aku di hargai ribuan pencinta puisi dari seantero Malaysia juga Indonesia. Puisi-puisi ku yang berkisar dan berkisah tentang rindu dan cinta mendapat begitu banyak sambutan dan mengundang begitu banyak hati dan jiwa yang penasaran.
Di Fb, identiti juga wajah sebenar ku tidak ditampilkan. Maka ratusan inbox berisi rayuan dan godaan menempel di sana. Begitulah hebatnya seorang aku di mata insan-insan Fb yang menganggap aku luarbiasa. Walhal aku cumalah seorang perempuan bertubuh puisi yang melantunkan tembang puisi demi untuk mengisi kekosongan hati sendiri cuma.: