Friday, February 28, 2014

AKU ADALAH CINTA



Aku adalah senja tadi yang gelisah..
seperti bait-bait sunyi..
aku terlalu lelah menanti..namun..
sang gelap itu tersenyum kerana ia mengerti
bahawa kisah malamnya akan ternikmati.

Telah ku cuba melukis sketsa wajahnya
di bingkai kanvas senja..
sehinggakan temaram pun mula mengatup jingga
lukisan itu tidak pun usai jua..
lalu aku menjadi puisi yang terbingkai rapih
pada langit malam nan beku..
lalu denting jam akan mengekalkannya
sebagai yang bernama suatu masa lalu
pada secarik warna jingga di senja yang bisu.

Dalam bisu senja yang tiba-tiba..
ia langsung menyisakan tandatanya bagi jiwa-jiwa
akankah pagi kembali sedangkan matahari tak berjanji
lalu ku jadikan aku sebagai cinta..
hidup didalam sederhana seperti apa yang cinta suka
seperti udara yang apa adanya..
namun ia tetap merdeka mencumbui hati manusia.

No comments:

Post a Comment