Monday, February 3, 2014

AKU ADA KAMU



Dengung-dengung bahasa yang datang dari alam
sama seperti bahasa langit yang sukar dimengerti
namun aku tidak gentar tidak juga khuatir
kerana sentiasa ada kamu berdiri disampingku
menterjemahkan bahasa-bahasa rindu
yang sering melingkari aku seutuh rengkuhanmu.

Ini masih lagi sore..
namun telah kamu sediakan kasur hangat buatku
untukku letakkan lenaku di tubuh malam nanti
telah kamu sediakan kesemua mimpi
yang indah-indah untuk kita sama-sama layari
kita kan berjalan di atas angan kesemuan
namun kita terasa puas kerana bergandingan.

Dan masih juga kita mau menyaksikan
di saat senja beringsut lengser keperaduan 
dan tangan mungilku masih saja merengkuh kamu
dan kamu mengudarakan nafas kedalam hatiku
kita terus berpelukan dalam siluet cahaya
sambil malam pun hadir dan mengusir senja.

No comments:

Post a Comment