Monday, November 25, 2013

RUBAIYAT DIRI



Ku layarkan selembar kesepian
di tengah-tengah asinnya lautan kehidupan
ku biarkan ia tenggelam sebagai teka teki
kerana hanya diriku yang lebih mengenali DIRI.

Dan selembar sepi itu kian hanyut dan karam
apa mungkinku sedang mendekap cakerawala
dalam kecanduan rasa cintaku yang tak pernah padam
yang menggelitari disetiap selirat urat nadi,nafas dan nyawa.

Duhai...CINTA!
Getaran ini punya dalam makna
pada malamku yang makin menua
masih tiada tuntas cari dan sua DIA
telah runtuh langit temaram di pangkuanku
tiada setara indahnya aku berada di dalam pelukan-MU.

Aku tidakkan jemu memburu gemuruh
biarkan gelora lautan membuncah di dalam dadaku
dalam rakaat-rakaat dan sujud ada doa yang jatuh
dan pada rasa yang menyelinap ini,hanya aku yang tau.




No comments:

Post a Comment