Wednesday, November 27, 2013

PUTERI TERKASIH



Inginku dekap kepolosan diantara kedua matanya
bahkan keindahan seisi dunia dalam pelukannya
si kecil yang telah terlahir kedunia yang fana
yang tidak pernah sekali ku harap balasannya.

Harum rambutnya seharum kelopak mawar
senyumannya membuat dukaku temui penawar
di setiap sujud doaku kalungkan buatnya
semoga menjadi solehah yang bakal menitipkan doa.

Duhai anak permata hati mama mu ini
rengkuhlah resahku kala galau menghantui
berikan tawa mungilmu yang menghambat resah
kecuplah mama mu ini..berikan aku indah.

Ingatlah duhai anakku puteriku terkasih
seorang mama tidakkan pernah tau merintih
kerana menyayangimu melebihi segala yang ku tau
kerana kamu adalah puteriku sebahagian dari diriku.


No comments:

Post a Comment