dalam senandung lembut sang malam
rasa ini disenyawakan kerdip gemintang
kita sirna dalam heningnya renungan
sehingga esok tidak mengenal pagi..
Namun yang tinggal kini sepi
umpama hitungan jam yang melahap
setiap rindu yang berpagutan di suatu waktu
kau di mana..tiba-tiba muncul tanda tanya
kini aku mencari-cari,tercari-cari
sehingga esok tak mengenal pagi..
Hening ini membunuhku !
aku hanya mampu bercerita pada senja
aku berasa sakit pabila aku dijadikan
sebagai seorang yang istimewa
dan kemudian dipenuhi tanda tanya
lenaku tidak pernah aman selepas itu
kerana sehingga kini
esokku tidak pernah mengenal pagi..!
No comments:
Post a Comment